Sunday, November 14, 2010

Kenapa Manusia Tidak Takut Kepada Dosa

Sememangnya manusia bersifat lemah dan amat sukar untuk lari dari melakukan kesilapan. Namun dalam ertikata pada hari ini seperti yang dapat dilihat di dada akhbar, atau khabar berita dari jiran, kebanyakan manusia pada hari ini bukan sahaja tidak takut untuk melakukan dosa malah dosa dilihat sebagai perkara biasa dan tidak ada lagi rasa segan silu untuk manusia melakukan dosa.

Pasangan melakukan zina di tempat yang terang. Adik rogol kakak, kes buang bayi anak luar nikah, anak yang derhaka dan sebagainya.

manusia hanya takut akan dosa apabila menerima akibat dan akibat itu adalah basalan. ertikata dosa dalam definisi yang luas adalah balasan, atau akibat.

balasan atau akibat dari perbuatan dosa adalah rasa sengsara, atau kesakitan atau keperitan. sebagai satu contoh analoginya adalah seperti kesakitan berjalan di atas bara api yang masih panas menyala. hanya kesakitan itulah yang dapat menyedarkan manusia tentang kepentingan nikmat bersyukur.

seringkali manusia tidak dapat lari daripada dosa. hanya manusia yang memiliki sifat taqwa sebenar yang takut untuk melakukan dosa, iaitu manusia yang sedar terlebih awal sebelum melakukan sesuatu yang mendatangkan akibat keperitan.

Akibat keperitan itu jika tidak dialami di dunia, pasti akan mendapat balasan di akhirat. ketika manusia melakukan dosa, hatinya diselubungi kegelapan, mata hatinya tertutup rapat dari kebenaran dan kebaikan. sifat ketaqwaan yang takut pada balasan Allah hilang disebabkan tenggelam dalam gelora nafsu yang ganas bergelodak.

hanya apabila menerima akibat dari suatu perbuatan barulah manusia akan sedar dan menyesal di atas perbuatan dosa yang dilakukan. balasan itulah suatu hukuman bagi pelaku-pelaku dosa.

pada hari ini, perlakuan dosa dapat dilihat dengan lebih maju dengan adanya penggunaan internet, video dan sebagainya.