Tuesday, April 6, 2010

Alangkah Bahagianya Orang Yang Bersyukur

Orang yang bersyukur, tidak begitu banyak merungut dalam hidupnya. Oleh kerana tidak banyak merungut, maka hatinya menjadi aman dan tenteram. Baginya segala kepuasan yang sudah memadai, dan ini amat berlawanan dengan sifat manusia yang tidak mudah puas dengan apa yang dimiliki, sedangkan ia lupa bahawa tidak semua pernah merasai nikmat yang pernah dinikmatinya. Bibir mekarnya sentiasa mengukir senyuman indah. Tiada ertikata sedih atas segala kekurangan di dunia ini. Baginya segala kesempurnaan dengan apa yang dikurniakan Ilahi.
Jika ada orang lain yang berbuat salah, maka pastinya dia akan menasihati orang itu dengan penuh berhemah. Tidak ia sebarkan di sana sini, menjaja di sana sini, kerana sebanyak mana jaja pun bukan menyelesaikan. Kiranya ia tidak mampu menegur, maka didoakan agar orang itu mendapat hidayah.

Orang yang bersyukur, tiadanya ia berdukacita dengan yang tiada. Tetapi amat seronok dan bahagia sekali dengan apa yang ada. Kerana ia mengerti bahawa dunia ini tiada yang sempurna. Semuanya tidak ada yang perfect. Jika ada yang pandai, ada yang lebih pandai. Jika ada yang msikin, ada yang lebih miskin. Dan sekalipun seseorang itu tampak seperti sempurna ada keluarga, isteri dan anak-anak, kesenangan itu hanyalah sementara dan akan berakhir pada waktu yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Dunia ini terlalu singkat untuk dipersia-siakan. Gabungan mengenal hakikat kematian yang pasti akan mendatang tanpa sebarang penangguhan dan keyakinan yang teguh pada hari akhirat sebagai kehidupan yang berkekalan menjadi dorongan yang paling kuat untuk bekerja kuat sepenuh tenaga memerah keringat menghargai setiap saat dan masa yang diberi untuk melakukan amal kebajikan sebanyak-banyak mungkin, sebagai bekalan yang akan dibawa ketika pada hari pembalasan kelak. Hargai peluang untuk berbuat kebaikan dengan sebaik mungkin.
Mengapa manusia mencintai dunia yang fana ini. Janganlah berbuat baik untuk mendapat nama atau untuk dipandang baik oleh orang lain, kerana orang lain itu juga fana dan tidak kekal.

No comments: