Hari ini rutinnya seperti biasa, bangun pada waktu subuh hampir saja 6.15 pagi, mandi dan kemudiannya solat subuh, dan bersiap-siap memakai baju kerja.
7.00, enjin motor dihidupkan, pintu pagar ditutup dan terus bergerak ke tempat kerja. Dengan mengikut laluan Jalan Tun Razak, terus melalui Istana. Pada sekitar waktu itu, jalan masih belum sesak. Asap kenderaan masih kurang dan kesegaran nafas pagi masih dapat dirasai.
Sampai jam 7.30, motor diparking dan terus pergi ke tempat punch kad, kemudian menaiki tangga ke tingkat atas.
Sementara menunggu waktu sebutan yang akan dimulakan jam 8.30 pagi, fail-fail disediakan. Yang mana belum update di updatekan. Surat-surat dibuat. Komunikasi antara klien dengan jabatan menjadi perkara yang amat dititikberatkan.
Satu lagi benda yang amat penting ialah, statistik mahkamah. Kerana dari statistik inilah yang mencerminkan perkembangan dan ukuran penilaian banyak benda yang meliputi aspek pencapaian mahkamah dan kadar bilangan kes-kes.
Menjelang modenisasi jabatan ini, satu sistem internet jabatan telah diadakan. Dan maklumat dan data dalam internet itulah yang mesti dikemaskinikan. Melalui jaringan internet ini menjadi suatu penghubung yang pantas di antara klien dan jabatan.
Dunia ini sering mempersendakan kita dengan keseronokan yang memperdayakan. Sehingga kita lupa dari mana asalnya kita, dan kepada Allah S.W.T. tempat kita kembali menyerah diri..
No comments:
Post a Comment