Tuesday, March 22, 2011

Kawan (Sekadar Angin Lalu : Akan ditinggalkan)

Saya mempunyai masalah.
Apa masalahnya dengan tidak berlaku jujur?
Bila berlaku jujur, kawan-kawan ketawakan.
Kawan-kawan yang suka memperbodohkan?

Apa maksud bodoh?
Maksud bodoh ialah tidak tahu.
Tak boleh fikir yang tersirat.
Hanya nampak yang tersurat, nyata.
Tak nampak kesan buruk, dan cara yang lebih baik.
Tak faham maksud.

Bagaimana mengatasi masalah bodoh?
Iaitu dengan belajar.
Belajar untuk tahu.
Belajar dari orang yang lebih dewasa.

YG DICARI ADALAH...
KEKAYAAN!
KEBAHAGIAAN AKHIRAT!
PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN! (DEGREE)
KEDUDUKAN (HORMAT)
SOSIAL


Saya ada seorang kawan, tak pasti nak panggil dia kawan atau tak.
Dia suka mendrop saya.
Dia suka menjadikan saya sebagai bahan.
Dia langsung tak hormat saya.
Dia hanya suka mentertawakan saya.
Untuk menonjolkan diri dia di hadapan khalayak,
dia mengutuk saya, mencemarkan maruah saya.
Dia juga memperalatkan saya.
Tapi pada masa yang sama, saya akui terima ilmu daripada dia,
Tentang banyak perkara.

Tapi jelas, dia tak tahu hormat orang lain.
Hanya jika dia mengata orang lain, itu menggembirakan dia.
Biar sekalipun dia menghina orang lain.
Merendah-rendahkan orang lain.
Tak aper, Saiful, kau masih muda.
Umur kau baru 26 tahun.
Tahun ni cuba mulakan kembali.
Lagi 4 tahun boleh habis.
Sekurang2nya, kau adalah profesional pada umur 30 tahun.
Kau ada kedudukan.
Boleh pergi ke tempat baru dan mulakan hidup baru.
Kawan yang macam ini boleh kau tinggalkan.
Kerana ini hanya kawan yang menyakitkan hati.
Suka menyakitkan hati ramai orang.
Dan jarang sekali bercerita tentang akhirat.
Kalau ya pun nak bergurau, atau bergembira, janganlah
Menjatuhkan maruah orang lain.
Jangan memperbodohkan budak yang lebih muda.

4 tahun akan berlalu, bezanya saya akan ada DEGREE
Dan bertukar profesion yang lebih atas,
Dan meninggalkan segala yang teruk.
Tak boleh buat apa dengan sikapnya.
(Jangan melawan secara bodoh, membuta tuli...
Lawan dengan cara yang bijak dan profesional)
(setiap kutukan, ejekan, aib yang dijatuhkan, pembakar semangat
Untuk ada sale, duit, dan degree)

Ada sebab untuk tidak menyatakan terus terang,
Kerana saya ada kawan yang suka mentertawakan.
Ada kawan yang suka mengaibkan.
Ada kawan yang suka memperalatkan.
Ada kawan yang suka mengutuk.
Ada kawan yang suka menjatuhkan maruah.
Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.
Biarkan... biarkan...

Apalah ertinya persahabatan jika hanya menyakitkan hati.
Apalah ertinya persahabatan jika hanya mengutuk,
Menjatuhkan maruah dan aib kawan.
Apalah ertinya persahabatan jika untuk ditertawakan.

Apalah ertinya persahabatan jika tidak amanah, melihat gmail orang.
Suka mencungkil rahsia dan menyebarkan untuk malu kawan.
Hati senang dan ketawa melihat kawan malu dan diperbodohkan.
Itulah kebahagiaan yang menjadi alasan,
Kawan terpaksa jauhkan.
Walaupun ilmu yang dicurah dihargai,
Tetapi untuk melayak dipanggil guru, sukar sekali.


Berkawan biar seribu.
Berkasih biar satu.
Bisnes dapat kawan baru.
Tak dapat sale, dapat kawan.

No comments: