Tuesday, March 22, 2011

Perkhidmatan Dengar Masalah

Dalam hidup yang serba mencabar ini, kita sentiasa berdepan dengan masalah atau sesuatu isu.

Kawanlah tempat kita berbincang bagaimana untuk menyelesaikan masalah.

Selain kawan, mungkin ibu bapa, atau teman atau sebagainya.

Adakalanya kita tiada tempat untuk bercerita tentang masalah kita. Di sinilah, perkhidmatan mendengar masalah dapat ditubuhkan untuk mendengar masalah dan berusaha memotivasikan si individu yang dilanda masalah.

Persoalannya, bagaimanakah cara untuk memotivasikan? Kedua, bagaimanakah tentang imbuhan atau keuntungan dari perkhidmatan yang ditawarkan?

No comments: