Thursday, September 8, 2011

Apabila Kita Meminati Sesuatu

Minat itu adalah apabila kita seronok melakukan sesuatu..

Sebagai contoh, jika kita berasa seronok apabila berbual dengan orang yang baru maka kita dikatakan minat untuk berbual dengan orang baru..

Jika kita berasa seronok mencuba menjual barang dengan orang, maka kita dikatakan minat dalam berbisnes..

Jika aktiviti membaca mendatangkan kepuasan dan keseronokan maka kita dikatakan minat membaca..

Hal-hal yang kita minati akan membawa kepada ketagihan..

Kita akan sentiasa ketagih untuk melakukan hal yang kita minati..

Apabila hal yang kita minati membawa faedah kepada diri, itulah yang sebaiknya..
Contoh, kita minat main gym, faedahnya kita menjadi kurus..

Kita minat membaca, faedahnya otak pandai luas pengetahuan...

Ketagihan terhadap perkara yang diminati akan terhenti apabila kita menghentikannya lebih dari tiga hari.. rasa minat, ghairah itu akan terhenti, dan kita seterusnya lupa terhadap apa yang kita minati...

Sama juga seperti kita minati seorang wanita.. Kita ghairah, dan sanggup bangun pagi dengan penuh semangat untuk berjumpa dengannya...

MINATLAH YANG MENDATANGKAN SEMANGAT TERHADAP APA YANG KITA BUAT

Kita hanya bersemangat untuk buat terhadap apa yang kita minati..

Jika tidak minat, kita akan buat hanya sambil lewa...

Jadi, tepuk dada, tanya selera.. samada kita minat tak nak jumpa dengan orang,
minat tak nak tahu bidang takaful, minat tak nak tahu bidang undang2..

Kita minat tak nak jadi kaya, kita minat tak nak banyak duit,
minat tak nak meningkatkan kuasa berbelanja??

No comments: