Thursday, September 8, 2011

Mencipta Keghairahan

Saya malas nak bangun pagi.

Kenapa?

Kerana pertama; tiada minat untuk hidup, kedua; tidak bersyukur dengan nikmat Tuhan.

Sedarkanlah diri, bangunlah... Bangkitlah.. Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama...

Saya adalah orang biasa yang ingin mencipta sesuatu yang luar biasa..

Jadilah hebat seperti Ren Zu.. Bukan susah sangat... Semua benda ada caranya untuk dicapai..

Kalau nak pandai, rajin membaca..
Kalau nak kuat rajin angkat berat...
Kalau nak tingkat stamina rajin kardio berjoging...
Kalau nak pandai mengaji rajin membaca Al-Quran...
Kalau nak berjaya dalam bisnes rajin cari orang nak beli...

Jiwa kena besar...
Apa jiwa besar?

Jiwa yang berfikir positif
Jiwa yang berani
Jiwa yang tabah
Jiwa yang sabar
Jiwa yang tetap pendirian
Jiwa yang konsisten

Aper sekalipun, buat lah!
Just do it...
Peluang ada di hadapan mata..

Bukannya kena buat kerja berat2..
Bukannya kena buat kerja bahaya
macam polis
macam askar
macam panjat gunung..

Hanya jumpa orang yang tidak dikenali,
dan perkenalkan tentang faedah miliki polisi
dan pujuk supaya masuk

jika tak berjaya, jangan putus asa
jangan sedih
jangan kecewa
jangan takut
jangan fikir negatif

Dalam perniagaan, ada orang yang nak dan ada orang yang tak nak
tak dapat dijangka siapa yang nak dan siapa yang tak nak
boleh jadi orang yang nak tu jadi tak nak dan orang yang tak nak tu jadi nak

No comments: