Tuesday, September 6, 2011

Kunci Kepada Pemahaman & Ingatan

1) Ajukan Soalan

Ketika sedang membaca, jangan sekadar membaca tanpa berfikir. Hendaklah mengajukan soalan dalam diri. Inilah dia yang dikatakan berfikir secara kritikal.

Pada masa yang sama, banyakkan membaca dan membaca. Kalau nak pandai, kenalah banyak membaca dan teruskan membaca. Membaca ini untuk memperoleh maklumat. Dengan lebih banyak membaca, maka lebih banyak informasi yang dapat diperoleh. Lebih banyak juga pengayaan kosa kata. Pengayaan kosa kata penting kerana lebih kaya kosa kata, maka lebih meluas cara kita mengekspresikan diri.

2) Peta Minda

Apakah fungsi peta minda? Bagaimanakah peta minda dapat memudahkan kita mengingati sesuatu gagasan ilmu? Meskipun ada peta minda sebenarnya tidak cukup untuk menguatkan ingatan. Yang dapat menguatkan daya ingatan adalah membina soalan dan menjawab kembali. Dan latihan menjawab soalan dibuat bertubi-tubi, barulah akan dapat mengingati dengan baik.

Bagaimanapun, kita membaca untuk faham, kita buat peta minda untuk nampak gambaran sturktur gagasan ilmu dengan mudah dan terang, dan kita bina soalan dan jawab serta kita buat latihan bertubi, masih tidak memadai untuk mengingat denga daya ingatan yang kuat.

Daya ingatan yang terkuat terhasil apabila kita bercakap di hadapan cermin menceritakan semula apa yang kita pelajari dengan suara yang kuat, dengan lagaknya seperti seorang guru yang ingin bercakap dan bercerita mengajar anak murid.

Apabila kita dapat bercerita di hadapan cermin, menceritakan semula apa yang kita dah baca, apa yang kita dah faham, apa yang kita tahu, beserta elaboration, serta contoh2 yang sesuai, maka kita dapat dikatakan mahir di dalam ilmu tersebut.


- Nota ringkas

- Highlight kata kunci

- ulang sebutkan

- cerita-ceritakan

- lagu-lagukan

No comments: