Tuesday, September 6, 2011

Mengecilkan Skop & Fokus

Seringkali kita pening memikirkan banyak perkara yang kena dilakukan. Kadang-kadang, kita tak tahu mana satu hendak dimulakan.

Akal mula berserabut, jiwa menjadi runsing.

Jika kita selalu membuat silap semasa melakukan kerja, satu cara untuk meningkatkan daya tumpuan adalah MENGECILKAN SKOP & FOKUS. Luangkan sedikit masa untuk satu-satu benda.

Contohnya, membaca Yassin. Peruntukkanlah AKTIVITI membaca Yassin itu sebanyak setengah jam. Bacalah dengan penuh TUMPUAN dan PENGHAYATAN. NIKMATI erti pembacaan itu yang amat besar maknanya. Memberi kesan kepada jiwa. Begitulah analoginya @ contohnya. Ketika melakukan perkara-perkara lain juga sama.

Apabila kita mengecilkan skop, kita akan lebih fokus dan dapat mengingati apa yang kita buat.

No comments: