Tuesday, September 6, 2011

Perkara Yang Memotivasikan.

1) Provokasi / Cabaran / Takut / Ancaman

Apakah motivasi yang didasarkan kepada provokasi atau cabaran? Iaitu motivasi yang tercetus hanya apabila kamu dalam keadaan marah atau dicabar. Bika dicabar atau dimarahi, baru la hendak bertindak, buat sesuatu dan melakukan. Bila tiada provokasi atau cabaran, maka tak ada lah motivasi dan tiada juga semangat. Kerana semangat seiring dengan motivasi.

Jadinya, salah satu cara untuk memotivasikan diri adalah dengan meletakkan cabaran. Kenapa bangun pagi lambat? Tetapi bila takut dimarahi, boleh bangun awal. Begitu juga bila ghairah nak melakukan sesuatu, boleh bangun cepat. Itulah dia tubuh kita, perasaan kita dan akal kita digerakkan oleh motivasi yang tercetus dari sumber2 motivasi iaitu provokasi, atau inspirasi atau nasihat agama.

- Takut gagal dalam peperiksaan dan tak dapat sambung belajar = memotivasikan semangat belajar.

- Takut kena rotan dengan guru = hafal dan ingat apa yang dipelajari

- Takut gagal dalam subjek dan pelajaran dan tak dapat capai cita-cita = bersemangat untuk belajar

- Takut gemuk dan ghairah untuk kurus = Bersemangat berjoging atau pegi gym dengan kerap.

- Takut tak ada duit = Bersemangat buat bisnes dengan berani dan mencari pelanggan.

Adapun takut itu sumber yang memotivasikan, tetapi harus diimbang. Takut boleh jadi satu kekuatan, takut juga boleh jadi satu kelemahan. Iaitu apabila terlalu takut, tidak berani berjumpa dengan orang mencari bisnes, takut akan kegagalan sehingga takut untuk mencuba.

Jangan takut yang terlampau sehingga tak boleh buat kerja kerana terlalu memikirkan sangat. Pada masa yang sama mesti ada takut kerana itulah kekuatan yang memotivasikan. Takut kerja tak siap, takut bos marah, takut tak dapat jawab peperiksaan. Takut yang paling utama ialah takut kepada Allah. Dengan takut kepada Allah, atau takut mati, maka jauh berbuat dosa.

Manakala takut hidup singkat atau takut umur pendek akan memotivasikan untuk menghargai peluang walau sesaat yang ada di hadapan mata.

Jadi, jawapan kepada kenapa bangun lambat atau bersikap malas untuk bangun adalah kerana tiada motivasi yang bererti tiada rasa takut, samada takut lewat dan dimarahi bos atau takut prestasi kerja terjejas dan mendapat imej buruk, takut malu dan sebagainya. Tiadanya sifat malu bererti tidak memahami erti maruah, yang membawa maksud jahil tentang

2) Inspirasi / Keghairahan

Kamu tak nak ke berkahwin, ada isteri, ada anak, ada kereta, boleh menikmati hidup berkeluarga? Kamu tak nak ker ada banyak duit, boleh beli apa perkakas yang perlu. Dalam hidup ini, mengejar nikmat adalah harus. Menegakkan syiar Islam apa hukumnya? Kita wajib berbuat baik, menegakkan ekonomi umat Islam, supaya semua orang ada kerja dan pendapatan, pada masa yang sama ada sumbangan ke arah pembangunan dan pengekalan kestabilan sosial, ekonomi dan politik negara.

Jadi, kalo kamu nak merasai nikmat2 itu, kamu kenalah bekerja keras. Bersemangat.

3) Nasihat Agama

Tentang nasihat agama, apabila nasihat agama yang disampaikan itu terkesan di hati, seperti keinsafan orang yang hampir mati dipanjangkan umur, betapa ia rasa dan nampak dan lihat akan nilainya harga kehidupan di dunia ini sangat bernilai walaupun masa berlalu sangat cepat, tetapi nikmat2 yang dikurniakan Allah kepada kita sangat banyak dan banyak yang boleh kita kecapi. Yang harus kita kecapi serta sangat bermanfaat untuk semua.

No comments: