Thursday, September 8, 2011

Kuasa Minat

Diketahui bahawa kuasa minat dapat menggoncang dunia!!

Betapa besarnya kuasa minat.
Jika kita minat sesuatu perkara, pasti kita akan berjaya dalam perkara itu.

Contoh, jika kita minat membaca, pasti kita rajin membaca dan pandai membaca.

Jika kita minat main ping pong, mesti kita makin hebat main ping pong.

Begitu juga jika kita minat bisnes, pasti kita minat buat bisnes.

Begitulah, kita perlu menanam minat terhadap apa yang kita lakukan atau perlu lakukan.
Bagaimanakah cara untuk menanam minat?

Iaitu dengan mengenali keindahan sesuatu perkara, apakah nikmatnya.
Apakah faedah yang dapat dinikmati hasil dari perkara itu, maka itu akan mendatangkan minat.

Jika kita minat sesuatu, pasti kita akan bersungguh2 melakukan.
Tiada kerja bertangguh, atau jadual yang tak tetap.
Persoalannya ialah samada kita ada rasa minat itu atau tidak.

Jadi, kesimpulannya, kita gagal untuk bangun pagi kerana kita tiada minat untuk hidup, tiada minat untuk beribadah...

Kita tidak pandai membaca Al-Quran kerana tiada minat terhadap Al-Quran...

Kita tidak pandai berbahasa Inggeris kerana tiadanya minat...

Kita tidak pergi gym atau tidak buat exercise kerana tiadanya minat untuk exercise..

Kenapa tidak minat? kerana tiada keghairahan... kerana tiada ketakutan terhadap kegagalan..
kerana tiada keinginan untuk menikmati nikmat...

Bagaimana untuk mengghairahkan diri? Iaitu dengan imaginasi, tetapkan mind set, tumpukan, fokuskan...

Lihat orang sebelah, pilih idola, pilih ikon, dan tetapkan dalam hati bahawa saya ingin menjadi macam dia...

Contoh : Saya nak badan kurus seksi macam Wolverine... saya nak kuat macam dia, jadi kena bumping selalu..

saya nak pandai macam Tun Mahathir.. jadi kena banyak membaca dan berfikir...

saya nak pandai baca Al-Quran macam Sheikh yang saya selalu dengar bacaannya...

No comments: